Pages

Sunday, September 8, 2013

RESEPI - AGAR-AGAR COKLAT BUNGA ROS

Hai.. bertemu kita lagi pada hari ini... hari ini Ms Loly nak berkongsi resepi agar-agar coklat yang pertama kali Ms Loly buat... hahhahhaha sedap sehingga menjilat jari... bajet pandai buat agar2... bg Ms Loly rasanya okeh rasa ala-ala Kek Coklat Kukus Lembab... mybe sebab Ms Loly pakai serbuk koko yang sama masa wat kek coklar ri2... bahan lebih so try la wat agar2 ni... xingat dah Ms. Loly dapat resepi ni dari mana....hehehehehe.. okeh kita mulakan program masak memasak kita pada hari ini....



BAHAN-BAHANYA SIMPLE JA...
  • 10g Jelly Powder (Ms Loly pakai serbuk perisa original tau, macam kat pic diatas)
  • 750 ml air
  • 160g gula pasir (kalau nak kurang manis kurangkan la kuantiti yer.. Ms Loly pakai sukatan 160g coz serbuk koko kan pahit skit..)
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cup serbuk koko (serbuk koko brand apa2 pun boleh janji serbuk koko..hehehehehe)
  • Perisa/pewarna Ros (hehehehe dah wat agar2 bunga ros mestila kena ana perisa ros)
  • Acuan Bunga Ros (bg yang nak wat bentuk bunga ros la.. xpakai acuan pon boleh
CARA-CARANYA....
  1. Mula-mula masukan air, masukkan serbuk agar-agar, dan masukkan gula... kacau sehingga semuanya larut... 
  2. Masukkan susu cair.. kacau sehingga mendidih...
  3. Asingkan 1 cawan kedalam periuk lain.. campurkan perisa/pewarna ros.kacau sehingga sebati dan masukkan kedalam acuan bunga ros
  4. Masukkan serbuk koko ke dalam periuk yang asal, kacau sehingga sebati dengan api yang kecil.
  5. Apabila agar2 ros dah hampir nak keras, masukkan agar2 coklat tadi...
  6. Tada dah siap.
  7. Bila dah keras bolehlah terbalikkan acuan, maka akan terhasilah agar2 bunga ros...


Ni la acuan bunga ros..

SELAMAT MENCUBA... TATA



No comments: